Dua Mati Kejadian Tembak Di Hospital Di AS

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pegawai polis mengawasi saksi-saksi kejadian tembakan di Renown Regional Medical Center, Selasa. -foto AP
Pegawai polis mengawasi saksi-saksi kejadian tembakan di Renown Regional Medical Center, Selasa. -foto AP

LOS ANGELES: Seorang lelaki bersenjata, pada Selasa menembak mati seorang mangsa dan mengakibatkan dua yang lain mengalami kecederaan kritikal sebelum bertindak membunuh diri di sebuah pusat perubatan di Nevada, Amerika Syarikat (AS) menurut polis dan saksi.

Kejadian itu berlaku di tingkat tiga bangunan yang bersambung dengan Pusat Perubatan Wilayah Renown di Reno, di mana mangsa yang cedera kemudiannya dirawat, menurut laporan.

Saksi, Kandy Hall berkata lelaki bersenjata itu muncul di bilik menunggu sekitar pukul 2.00 petang.

"Lelaki ini datang melalui pintu bilik menunggu dengan pistol di sisinya," katanya, yang dipetik Reno Gazette-Journal.

"Beliau mengacukannya (pistol) kepada saya dan kemudian menghayunkannya kepada orang lain yang sedang duduk bersandar di dinding dan berkata sesuatu seperti, "Semua orang keluar dari sini," atau "Anda semua lebih baik keluar dari sini ."

Kemudian dia membuka pintu untuk kembali di tempat di mana doktor dan jururawat berada."

Kakitangan mula menjerit "Dia ada senjata. Dia ada pistol. Keluar dari sini," katanya.

"Jadi semua orang mula berjalan keluar melalui pintu dan berasak-asak masuk ke dalam lif," tambah beliau sambil berkata tidak mendengar bunyi tembakan.

Timbalan Ketua Jabatan Polis Reno, Tom Robinson berkata: "Dua orang disahkan meninggal dunia di dalam bangunan. Penembak adalah salah seorang yang mati," katanya sambil menambah bahawa kecederaan yang dialami "kelihatan seperti menembak diri sendiri."

Beliau tidak memberikan butiran lain.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas ulang tahun pembunuhan beramai-ramai Hook Sandy yang mengorbankan 26 orang termasuk 20 kanak-kanak di Newtown , Connecticut, pada Sabtu.

Pada Jumaat, seorang lelaki berusia 18 tahun melepaskan tembakan di Sekolah Tinggi Arapahoe di Colorado, mencederakan pelajar perempuan berusia 17 tahun sebelum mengambil nyawanya sendiri.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan