53 Dihantar Pulang Kerana Terbabit Rusuhan Di Little India

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Lima puluh dua orang India dan seorang Bangladesh akan dihantar pulang ke negara asal mereka berikutan pembabitan dalam rusuhan 8 Disember di Little India.

Polis berkata 53 orang itu diberkas dalam operasi seluruh pulau awal Isnin. Mereka diberi amaran tegas pihak polis berserta perintah pengusiran imigresen, dan akan dihantar pulang tidak lama lagi.

Kini mereka ditahan di Penjara Admiralty West, yang digunakan sebagai depo imigresen, sementara aturan perjalanann mereka disiapkan.

Sebelum mereka berlepas, pegawai-pegawai dari Kementerian Tenaga Manusia kini berusaha menyiapkan bayaran gaji terakhir mereka dengan majikan, penutupan akaun bank dan prosedur pentadbiran lain.

Di persidangan akhbar pada tengah hari Selasa, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, berkata 53 orang itu yang dikenalpasti oleh polis telah menyertai rusuhan tersebut gagal bersurai walaupun polis memerintahkan berbuat demikian.

Beliau berkata tindakan dan tingkah laku mereka telah mengancam ketenteraman awam, dengan itu kehadiran mereka di Singapura "tidak diingini".

Pesuruhjaya Polis Ng Joo Hee berkata kedutaan-kedutaan berkenaan telah diberitahu tentang tindakan pihak berkuasa dan mereka mempunyai akses konsular sepenuhnya kepada warga negara mereka.

Jumlah 53 orang itu diambil bekerja oleh 48 syarikat berlainan di Singapura.

Ng berkata tuduhan terhadap tujuh daripada asalnya 35 orang yang dibawa ke mahkamah sebelum ini akan ditarik balik.

Daripada tujuh itu, empat diberikan amaran keras oleh polis, sementara tidak ada tindakan selanjutnya diambil terhadap tiga selebihnya.

Pada akhir urusan hari ini, Ng berkata, bilangan orang yang dituduh terbabit dengan rusuhan akan disemak kepada 28.

Mereka dituduh memain peranan aktif dalam insiden itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan