Rusuhan Di Singapura: Seorang Lagi Warga India Akan Didakwa

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura telah menahan seorang warga India berusia 35 tahun berhubung insiden rusuhan di Little India di sini.

Warga India itu akan didakwa di mahkamah pada Selasa atas kesalahan merusuh di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Setakat ini 35 orang telah didakwa di mahkamah, menurut polis dalam laporan terkini mereka mengenai insdien rusuhan itu.

Pada 8 Disember lau, rusuhan berlaku di Little India yang tercetus daripada sekumpulan orang awam yang bertindak menyalahi undang-undang selepas satu kemalangan maut melibatkan seorang warga India berusia 33 tahun. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan