Pertumbuhan Thai Akan Perlahan Tahun Ini & Tahun Hadapan

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Ketegangan politik di Thailand pada masa ini telah menjejaskan pertumbuhan negara tahun ini dan mungkin melarat sehingga ke tahun hadapan, demikian menurut kajian Dewan Perdagangan Universiti Thai (UTCC).

Ia mengunjurkan pertumbuhan tahun ini ialah pada tiga peratus daripada 3.5 peratus sebelumnya.

Untuk tahun hadapan, UTCC telah merendahkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar kepada 4.5 peratus daripada 5.1 peratus kerana masalah politik di dalam negara dijangka menjejaskan penggunaan, pelaburan dan pelancongan.

Pengarah Pusat Unjuran Ekonomi dan Perniagaan UTCC, Thanavath Phonvichai berkata politik ialah faktor negatif utama yang memperlahankan pertumbuhan ekonomi di dalam negara tahun ini dan juga tahun hadapan.

"Sekiranya tiada kegawatan serius daripada konflik politik itu, ekonomi akan menunjukkan tanda-tanda pemulihan dalam suku kedua tahun hadapan," kata beliau.

Thailand akan mengadakan pilihan raya umum pada 2 Februari, 2014 tetapi terdapat kebimbangan yang boikot yang dilaksanakan oleh pihak pembangkang akan memanjangkan lagi masalah politik itu.

Kajian UTCC itu mendapati ekonomi mengalami kerugian berjumlah 30-70 bilion baht daripada huru-hara politik tahun ini, dan tahun hadapan, kerugian ditafsirkan sekitar 70-100 bilion baht.

Penggunaan domestik paling teruk terjejas kerana pengguna tidak yakin untuk membelanjakan wang ekoran masalah politik, katanya.

Thanavath berkata ekonomi Thai boleh berhadapan dengan pertumbuhan yang lebih rendah tahun hadapan sekiranya masalah politik terus tegang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan