Perintah Darurat Di Tiga Wilayah Selatan Thailand Dilanjutkan

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kabinet Thailand meluluskan perintah darurat yang dikenakan di tiga wilayah selatan negara ini dilanjutkan tiga bulan lagi.

Perlanjutan perintah itu berkuat kuasa dari 20 Dis hingga 19 Mac tahun depan bagi wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani (kecuali daerah Maelarn), kata Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan Paradorn Pattanatabut selepas mesyuarat mingguan Kabinet di sini, Selasa.

Beliau berkata Kabinet juga meluluskan perintah darurat yang dikenakan di daerah Kabang di Yala ditarik balik dan sebaliknya Akta Keselamatan Dalam Negeri dikenakan di daerah itu kerana daerah berkenaan dianggap selamat daripada ancaman pemberontak seperti yang disyorkan jawatankuasa Pentadbiran Keadaan Darurat.

Bagaimanapun, kerajaan sementara yang ada sekarang tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan perkara itu.

Kelulusannya hanya boleh diberi kerajaan baharu yang akan dibentuk selepas pilihan raya umum pada 2 Februari tahun depan, kata Paradorn. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan