Helikopter Tentera Laut AS Terhempas Di Jepun

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Sebuah helikopter tentera alut Amerika Syarikat (AS) terhempas dekat Tokyo pada Isnin selepas gagal untuk membuat pendaratan, mengakibatkan dua daripada empat anggota cedera, kata pegawai penyelamat.

Nahas pada Isnin itu berlaku pada tengah hari di bandar Miura, kira-kira 60 kilometer dari selatan Tokyo, kata jurucakap jabatan bomba.

Seorang anggota kru memberitahu pihak berkuasa tempatan bahawa helikopter berkenaan mengalami masalah transmisi, kata penyiar NHK.

"Seorang anggota patah pada bahagian peha. Seorang lagi mengalami kecederaan pada bahagian pehanya. Dua anggota yang lain tidak mengalami kecederaan," katanya.

Kemalangan itu tidak menyebabkan kebakaran dan operasi menyelamat dapat ditangani segera, dengan kedua-dua anggota yang cedera dibawa ke hospital awam di kawasan berhampiran di Yokosuka, yang merupakan pangkalan utama tentera laut AS. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan