Thailand: Sokong PRU Tetapi Perpaduan Belum Wujud - Berita Dunia | mStar

Thailand: Sokong PRU Tetapi Perpaduan Belum Wujud

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Thailand akan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh kurang dua bulan lagi sebagai sebahagian langkah untuk menyatukan negara dan menamatkan protes jalanan.

Bagaimanapun, pada Forum Pembaharuan Nasional yang diadakan pada Ahad, perpaduan tidak wujud.

Kepentingan forum bertema 'Which Way Thailand to Go' (Mana Hala Tuju Thailand) itu dipersoalkan kerana parti pembangkang utama Parti Demokrat dan kumpulan anti kerajaan, People's Democratic Reform Committee (PDRC), tidak turut serta.

Yingluck Shinawatra, perdana menteri kerajaan sementara yang mencadangkan forum itu diadakan untuk mencari penyelesaian terhadap konflik politik ketika ini, turut tidak hadir.

Antara yang hadir pada forum yang bermula 9.20 pagi dan berakhir kira-kira lima jam kemudian, termasuk Pongthep Thepkarnjana, timbalan perdana menteri sementara dan menteri pendidikan sementara dan menteri sementara di Pejabat Perdana Menteri Varathep Ratanakorn.

Veerakarn Musikapong, pemimpin utama kumpulan yang memperjuangkan demokrasi dan menentang pemerintahan diktator iaitu "United For Democracy against Dictatorship (UDD)" atau lebih dikenali sebagai Baju Merah, berkata Thailand sudahpun mempunyai jalan penyelesaian untuk negara tetapi tidak dilaksanakan.

Ahli akademik Verapat Priyawong menyokong pilihan raya umum diadakan tetapi menasihatkan parti-parti politik untuk tidak melancarkan kempen dasar-dasar populis.

Sementara itu, wakil tentera, Jen Nipat Thonglek, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, menegaskan sokongan angkatan tentera terhadap pilihan raya umum akan datang pada 2 Februari tahun depan.

Bagaimanapun, Songsak Thongsri yang mewakili parti politik Bhumjaithai, sangsi mengenai prospek pilihan raya itu, melihat kepada keadaan semasa.

Songsak, yang membuat kemunculan semula selepas lima tahun dilarang daripada menyertai aktiviti politik, mempersoalkan sama ada pilihan raya umum merupakan jawapan sebenar kepada masalah di negara kini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan