Mayat Nelson Mandela Disemadikan

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mandela disemadikan di sebuah lereng bukit bertentangan dengan rumahnya berhampiran kubur-kubur ahli keluarganya yang lain.
Mandela disemadikan di sebuah lereng bukit bertentangan dengan rumahnya berhampiran kubur-kubur ahli keluarganya yang lain.

QUNU, Afrika Selatan: Mayat bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela selamat disemadikan pada Ahad selepas diberi penghormatan terakhir sambil diiringi dengan air mata, pujian dan janji bagi meneruskan dasar kesaksamaan dan keadilan yang dicetuskannya.

Mandela disemadikan di tanah perkuburan keluarganya di kampung halaman, Qunu.

Upacara tersebut disaksikan isterinya, Graca Machel dan bekas isterinya, Winnie Madikizela-Mandela, ahli keluarga yang lain dan kira-kira 450 jemputan khas.

Mandela berkhidmat sebagai Presiden dalam satu tempoh yang singkat sebelum berundur daripada jawatan itu pada 2004 apabila beliau memberitahu wartawan pada sidang media terakhirnya dengan berkata: ‘jangan hubungi saya, saya akan hubungi anda’.

Penampilan terakhirnya di khalayak umum adalah pada 2010 ketika pusingan akhir Piala Dunia Afrika Selatan di Stadium Soccer City, Johannesburg.

Mandela mula dimasukkan ke hospital pada 8 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru.

Namun beliau dibenarkan pulang pada 1 September lalu sebelum menerima rawatan intensif di rumahnya.

Pada 5 Disember baru-baru ini, Mandela menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Houghton, Johannesburg ketika berada bersama ahli keluarganya.

Kematiannya itu diumumkan oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan