Pemeriksa PBB Sahkan Senjata Kimia Digunakan Di Syria

Diterbitkan: Sabtu, 14 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Pemeriksa khas yang dilantik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengesahkan senjata kimia telah digunakan dalam konflik di Syria, terutama pada serangan 21 Ogos berdekatan Damsyik dan empat lagi lokasi antara Mac dan hujung Ogos.

Laporang yang dikeluarkan oleh pakar senjata kimia diketuai professor dari Sweden, Ake Sellstrom bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kerajaan atau pembangkang bertanggungjawab dalam serangan yang didakwa itu.

Sellstrom mengeluarkan laporan awal siasatan pada 16 September lalu yang menyatakan bukti yang diterima di Ghouta, kawasan berdekatan Damsyik yang berlakunya serangan 21 Ogos.

Ia menyatakan bahawa serangan itu secara jelas mempunyai bukti ia serangan 'roket antara permukaan' yang mengandungi gas sarin.

Video grafik menunjukkan puluhan penduduk menghadapi masalah kesesakan nafas dan bergelimpangan maut.

Laporan hari ini menyebut, bukti mengenai senjata kimia digunakan turut meliputi serangan di Khan al Assal, Jobar, Saraqueb dan Ashrafiah Sahnaya. - AFP

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan