Dua Pelancong China Ditemui Mati Di Bilik Hotel

Diterbitkan: Sabtu, 14 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Dua pelancong warga China yang merupakan sebahagian daripada peserta rombongan ke Nepal ditemui mati di bilik hotel mereka di timur laut Kathmandu pada Jumaat, kata polis.

Menurut polis, mereka membuat siasatan berhubung kematian dua lelaki, masing-masing berusia 62 dan 55 tahun.

Mereka ditemui mati di bilik hotel di kawasan pelancongan popular di Nagarkot, berhampiran dengan ibu negara Nepal, kata pegawai polis Shreeram Giri kepada AFP.

"Mereka tiba pada tengah hari Khamis, kemudiannya bersiar-siar dan meninggalkan teman-teman lain pada lewat petang dan ke bilik," kata Giri.

Polis memecah masuk ke bilik kedua-dua lelaki itu selepas mereka tidak hadir untuk sarapan pago.

"Seorang lelaki ditemui mati di atas katilnya manakala seorang lagi ditemui mati di kawasan luar bilik air," kata Giri.

Giri berkata, satu bedah siasatan akan dilakukan terhadap dua mayat itu.

Beliau enggan mengulas mengenai punca kematian. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan