22 Pekerja Terperangkap, Lombong Arang Batu Meletup di Barat China - Berita Dunia | mStar

22 Pekerja Terperangkap, Lombong Arang Batu Meletup di Barat China

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sekurang-kurangnya 22 pekerja terperangkap bawah tanah apabila sebuah lombong arang batu meletup di barat China, pada Jumaat.

Pejabat berita kerajaan di wilayah Changji, berkata letupan itu berlaku pada jam 1.26 pagi waktu tempatan ketika 34 pelombong sedang bekerja. Katanya, 12 pekerja berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada bongkah batu manakala 22 yang lain terperangkap di bawah tanah.

Perkhidmatan Berita China berkata, anggota penyelamat kini berusaha mencari mangsa yang terperangkap, namun keadaan mereka masih tidak dapat dikenal pasti. - AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan