Mahkamah Korea Putuskan Apple Tidak Langgar Paten Samsung

Diterbitkan: Khamis, 12 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Mahkamah di sini menafikan tuntutan Samsung bahawa Apple melanggar tiga hak paten berkaitan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Hakim di Mahkamah Daerah Seoul Tengah berkata, dua paten Samsung kurang 'progresif' dan mudah dibangunkan oleh pengeluar lain.

Katanya, salah satu paten itu tidak digunakan dalam iPad.

Samsung Electronics Co. menyaman Apple pada Mac 2012 dengan mendakwa pengeluar iPhone itu menggunakan tiga teknologi patennya secara tidak sah.

Syarikat gergasi Korea itu menuntut gantirugi dan meminta larangan dikenakan terhadap jualan enam model iPhone dan iPad.

Keputusan mahkamah itu adalah tamparan terbaru kepada Samsung yang diarah membayar $930 juta kepada Apple atas dua keputusan mahkamah di Lembah Silikon.

Samsung mengemukan rayuan bagi kedua-dua keputusan terbabit. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan