Rusuhan Di Singapura: Hampir 4,000 Pekerja Asing Disoal Siasat

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sekumpulan warga India yang ditahan dibawa ke mahkamah rendah Singapura.
Sekumpulan warga India yang ditahan dibawa ke mahkamah rendah Singapura.

SINGAPURA: Polis Singapura telah menyoal siasat hampir 4,000 pekerja asing sebagai usaha mempertingkatkan tindakan keras selepas rusuhan pertama dalam tempoh lebih 40 tahun berlaku di republik itu, kata seorang pegawai pada Rabu.

Tiga lagi lelaki warga India ditahan dan akan didakwa lewat petang Rabu kerana terlibat dalam rusuhan itu.

Pada Selasa, 24 warga India didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan rusuhan.

Jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dengan sebatan.

Seorang jurucakap polis berkata, setakat ini seramai 176 lelaki telah dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai warganegara mereka tidak diberikan.

Empat lelaki yang ditahan pada Selasa telah dibebaskan selepas siasatan mendapati mereka tidak terlibat dalam rusuhan itu, manakala seorang daripadanya dibebaskan dengan ikat jamin.

Rusuhan di Little India pada malam Ahad lalu dipercayai berlaku selepas seorang pekerja binaan warga India maut akibat dilanggar sebuah bas persendirian.

Dalam insiden itu, kira-kira 39 anggota polis dan pertahanan awam dilaporkan cedera.

25 kenderaan - termasuk 16 kenderaan polis - rosak selepas dibakar oleh kira-kira 400 pekerja asing dari Asia Selatan yang terlibat dalam rusuhan itu.

Pemandu bas berusia 55 tahun yang melanggar pekerja binaan, Sakthivel Kumaravelu, 33, dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa menyebabkan kematian.

Kumpulan aktivis menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat sama ada keganasan pada Ahad lalu berpunca daripada rasa tidak puas hati di kalangan pekerja asing yang mendapat gaji rendah.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan