Lebih 100,000 Orang Sertai Perhimpunan Anti-Kerajaan, Pilihan Raya 2 Februari

Diterbitkan: Rabu, 11 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan antikerajaan di sekeliling Parlimen di sini hari ini meskipun berlangsung lebih sejam sebelum ia bersidang dan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat.

Turut diumum Raja Bhumibol Adulyadej telah berkenan membubarkan Parlimen dan pilihan raya akan diadakan pada 2 Februari.

Terdahulu, beberapa kumpulan bergerak ke arah Parlimen dan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan apabila ternampak anggota keselamatan, penunjuk perasaan akan membunyikan wisel sekuat hati serta mengibarkan bendera Thailand.

Secara keseluruhan, keadaan adalah amat dan tiada gas pemedih mata dilepaskan manakala penunjuk perasaan tidak melakukan percubaan untuk menduduki Parlimen.

Menurut jurucakap kerajaan Teerat Ratanasevi, 2 Februari merupakan tarikh akhir bagi mengadakan pilihan raya berikutan pembubaran Parlimen pada Isnin.

Beliau memaklumkan Bernama kerajaan di bawah pimpinan Yingluck akan kekal sehingga selepas pilihan raya.

Pembubaran itu hanyalah sebagai alternatif bagi Yingluck mengekalkan keamanan selepas Parti Demokrat mengumumkan sebanyak 152 anggota Parlimen parti pembangkang itu meletak jawatan beramai-ramai.

Kumpulan antikerajaan pada mulanya meremehkan kepentingan pembubaran Parlimen ketika Yingluck pertama kali mengumumkannya. Petang ini, pemimpin tunjuk perasaan Suthep Thuegsuban mengumumkan kumpulan itu akan berada di depan Parlimen semalaman dan mereka akan tidur di jalanan.

Sementara itu, cadangan penyokong kerajaan Kumpulan Baju Merah berhimpun di Ayuthaya, 76 kilometer dari sini, esok dengan membawa slogan bagi melindungi demokrasi, ditangguh sekali gus berupaya mengurangkan ketegangan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan