Polis Nasihat Pengguna Internet Tidak Sebar Berita Rusuhan di Little India

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Polis menasihatkan netizen atau pengguna internet agar tidak menyebarkan maklumat tidak berasas berhubung rusuhan pada Ahad malam di daerah Little India di sini kerana ia tidak membantu siasatan polis.

Maklumat itu juga mungkin akan membangkitkan kebimbangan kepada orang awam, perasaan takut dan panik dalam masyarakat, kata polis ketika menjelaskan khabar angin yang disebarkan dalam talian itu.

Polis berkata pegawainya tidak melepaskan sebarang tembakan sepanjang insiden itu. Ini juga menghalang insiden itu daripada merebak, kata mereka, dan menambah rusuhan itu dapat diselesaikan dan terkawal dalam masa sejam.

Pada Ahad malam, rusuhan tercetus di Little India berikutan kemalangan maut membabitkan seorang warga India berusia 33 tahun. Dalam insiden itu, yang pertama dalam sejarah Singapura sejak kemerdekaan, 27 warga asing dari Asia Selatan ditahan untuk membantu siasatan.

Sepuluh pegawai polis cedera dan lima kenderaan polis, sebuah ambulans serta beberapa kenderaan persendirian rosak. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan