Peniaga Raih Pendapatan Lebih Semasa Tunjuk Perasaan

Diterbitkan: Selasa, 10 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pepatah Cina ada menyebut "di setiap kesulitan pasti ada peluang", lantas membuka kesempatan untuk meraih rezeki.

Bagi pengumpul barangan kitar semula seperti Tassawarn Cahipong, dan peniaga kecil seperti Nam, seorang penjual aiskrim, ia bukanlah kejayaan segera yang membawa kepada kemewahan.

Sebaliknya, barangan jualan mereka lebih laris daripada biasa semasa perhimpunan besar-besaran diadakan di sekitar Rumah Kerajaan, Isnin.

Cuba bayangkan, lebih 100,000 orang berkumpul di bawah panas terik sejak pagi sehinggalah matahari terbenam, sudah tentulah terdapat bertimbun-timbun botol plastik untuk dikutip dan begitu banyak aiskrim serta minuman untuk dijual sebagai penghilang dahaga.

Tassawarn, 49, pekerja sepenuh masa sebuah pusat penjagaan kereta tidak jauh dari situ namun kedai itu ditutup pada Isnin.

"Kedai penjagaan kereta itu terpaksa ditutup sebab kedudukannya terlalu dekat dengan tapak protes dan tiada pelanggan. Jadi saya gunakan peluang ini untuk mencari sedikit wang dengan mengumpul dan menjual botol plastik," katanya kepada Bernama.

Tassawarn berkata dia memperoleh 500 Baht sehari dengan menjual botol plastik yang dikumpulnya sejak awal pagi hingga sekitar 7 atau 8 malam.

Semangat keusahawanan memang tersemai dalam diri wanita ini memandangkan dia turut menjual tikar kepada penunjuk perasaan untuk mereka duduk setelah berasa letih, ingin makan atau menyegarkan diri.

"Setakat ini saya sudah menjual 13 helai tikar tapi saya tidak mahu mengambil kesempatan daripada konflik ini. Saya beli sehelai tikar dengan harga 120 Baht dan menjualnya 150 Baht," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan