Rusuhan Di Singapura: Mangsa Maut Dalam Kemalangan Dikenal Pasti - Berita Dunia | mStar

Rusuhan Di Singapura: Mangsa Maut Dalam Kemalangan Dikenal Pasti

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Polis sedang meninjau bas yang rosak teruk akibat rusuhan, malam Ahad.
Polis sedang meninjau bas yang rosak teruk akibat rusuhan, malam Ahad.

SINGAPURA: Identiti lelaki warga India berusia 33 tahun yang meninggal dunia dalam kemalangan sehingga mencetuskan rusuhan di Little India, malam Ahad telah dikenalpasti.

Mangsa, Sakthivel Kumaravelu, seorang pekerja binaan di sebuah syarikat scaffolding, Heng Hup Soon, selama dua tahun.

Identiti tersebut didedahkan seorang lelaki yang mengecam mayatnya di bilik mayat, Hospital Umum Singapura (SGH), pagi Isnin.

Lelaki tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata, keluarga Kumaravelu tidak dimaklumkan mengenai kematiannya.

Seramai 27 lelaki dari Asia Selatan ditahan berhubung kekecohan pada malam Ahad.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan