Rusuhan Di Singapura: 27 Lelaki Asia Selatan Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kereta polis turut terbakar dalam rusuhan itu.
Kereta polis turut terbakar dalam rusuhan itu.

SINGAPURA: Seramai 27 lelaki dari Asia Selatan ditahan berhubung rusuhan yang berlaku di Little India, malam Ahad.

Rusuhan tersebut bermula selepas sebuah bas melanggar seorang pekerja warga India ketika sedang melintas jalan.

Mangsa maut ditempat kejadian.

Sebuah video yang dimuat turun di laman media sosial sejam selepas insiden itu menyaksikan sebuah bas diserang sekumpulan lelaki yang marah selepas mangsa berusia 33 tahun maut dilanggar bas tersebut.

Seorang lelaki dilihat memecah cermin bas dengan menggunakan batang kayu manakala seorang lagi melempar tong sampah ke arah bas tersebut dari jarak dekat.

Tindakan itu menyebabkan lebih ramai orang berkumpul di tempat kejadian, berteriak dalam bahasa Tamil, menjadikan keadaan lebih tegang, kata beberapa saksi.

Ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan sebuah kereta peronda polis tiba di Jalan Race Course dan Jalan Hampshire selepas mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.23 malam.

Anggota SCDF cuba untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah bas tersebut sebelum sekumpulan perusuh cuba menyerang mereka.

"Mereka melemparkan sesuatu ke arah anggota SCDF ketika pasukan itu cuba mengeluarkan mayat mangsa," kata seorang jurucakap.

Keadaan menjadi semakin tegang sehingga menyebabkan 300 polis dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan.

"Beberapa lelaki melempar botol dengan api ke arah polis. Saya melihat mereka melempar lebih 10 botol," kata P.Kannan yang sedang menunggu seorang rakan di stesen MRT Little India.

Pesuruhjaya Polis, Ng Joo Hee berkata 300 anggota polis dikerah ke tempat kejadian.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan