Kerajaan Singapura Akan Bertindak Ke Atas Perusuh Di Little India - Lee

Diterbitkan: Isnin, 9 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dua anggota polis berjaya menahan seorang perusuh yang terlibat dengan kekecohan di Little India, malam Ahad.
Dua anggota polis berjaya menahan seorang perusuh yang terlibat dengan kekecohan di Little India, malam Ahad.

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyifatkan rusuhan di Little India pada Ahad malam sebagai 'kejadian yang amat serius' dan berkata kerajaan akan menjejaki pelakunya serta mengambil tindakan tegas undang-undang terhadap mereka.

"Apa jua kejadian yang mungkin mencetuskan rusuhan itu, tiada sebab untuk mereka melakukan keganasan, kemusnahan dan perlakuan jenayah sedemikian rupa," katanya mengenai rusuhan itu dalam laman Facebooknya awal Isnin.

Beliau berkata beberapa pegawai polis cedera dan kenderaan rosak atau musnah.

"Keadaan kini terkawal dan siasatan sedang dijalankan," katanya sambil menggesa rakyat Singapura supaya bertenang.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat, gambar atau video tentang kejadian itu supaya menyerahkannya kepada polis.

Beliau turut mendoakan agar para pegawai polis yang cedera itu segera pulih.

Sepuluh pegawai polis cedera dan lima kenderaan polis, sebuah ambulans dan beberapa kenderaan persendirian rosak dalam kejadian rusuhan pada Ahad malam itu yang tercetus selepas berlakunya kemalangan maut di kawasan berkenaan.

Dua puluh tujuh orang, kesemuanya dari Asia Selatan diberkas berikutan kejadian itu.

Tiada rakyat Singapura terlibat.

Menurut polis, pada pukul 9.23 malam, satu kemalangan maut berlaku melibatkan sebuah bas dan seorang warga India berusia 33 tahun di persimpangan Jalan Race Course dan Hampshire.

Sejurus selepas itu rusuhan berlaku melibatkan sekumpulan orang awam kira-kira 400 orang yang merosakkan sejumlah kenderaan dan mengakibatkan 10 pegawai polis cedera.

Polis menggerakkan anggota Pasukan Khas Operasi dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.

Orang ramai di kawasan itu dinasihatkan agar tidak keluar rumah.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Teo Chee Hean dalam satu kenyataan berkata: "Ini satu kejadian serius yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap harta awam.

"Keadaan kini terkawal. Polis akan bertindak tegas untuk memberkas mereka yang terlibat dalam rusuhan itu," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata: "SCDF dimaklumkan pada pukul 9.25 malam mengenai satu kemalangan jalan raya di persimpangan Jalan Race Course dan Tekka Lane.

Sebaik tiba, seorang lelaki didapati terperangkap di bawah sebuah bas. Seorang paramedik SCDF mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.

Para penyelamat SCDF mengeluarkan mayat dengan menggunakan peralatan hidraulik. Projektil diberikan kepada pasukan penyelamat SCDF ketika mereka mengeluarkan mayat itu.

Sebanyak sembilan kenderaan SCDF turut rosak dalam kejadian berkenaan.

Awal hari ini SCDF menghantar 18 orang termasuk empat anggota SCDF ke Hospital Tan Tock Seng.

Kejadian itu merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah Singapura sejak rusuhan kaum pada 1969 selama tujuh hari dan dan menyebabkan empat mati serta 80 orang cedera.

Little India merupakan tempat tumpuan popular rakyat asing dari benua kecil India, bersantai pada hujung minggu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan