Presiden Sudan Umum Peletakan Jawatan Naib Presiden - Berita Dunia | mStar

Presiden Sudan Umum Peletakan Jawatan Naib Presiden

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KHARTOUM: Presiden Sudan Omar al -Bashir mengumumkan peletakan jawatan Naib Presiden Pertama, Ali Taha pada Sabtu, media negara itu melaporkan - langkah pertama dalam rombakan Kabinet yang diumumkan awal hari Ahad yang membawa masuk ahli-ahli lebih muda parti pemerintah.

Ali memegang jawatan politik kedua tertinggi di negara ini sebagai naib presiden pertama dan merupakan perunding utama Perjanjian Damai Komprehensif Sudan pada tahun 2005 yang membawa kepada tamatnya perang saudara di Sudan.

"(Dia ) meletak jawatan untuk memberi ruang kepada belia dan tiada konflik antara kita," media kerajaan memetik Omar sebagai berkata pada Sabtu.

Ali telah digantikan oleh Leftenan Jeneral Bakri Hassan Saleh.

Omar mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin pemerintah Kongres Parti Kebangsaan untuk meluluskan rombakan Kabinet yang memperkenalkan sekurang-kurangnya lima menteri daripada generasi muda parti pemerintah.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan