Lelaki Didakwa Godam Laman Web PM Singapura

Diterbitkan: Ahad, 8 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat tempatan didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana menggodam laman web Perdana Menteri negara itu.

Mohammad Azhar Tahir, 27, didakwa atas "pengubahsuaian tanpa pengesahan," terhadap seksyen laman web www.pmp.gov.sg pada 7 November, yang menyebabkan paparan mesej dan gambar yang dibuat-buat oleh kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous.

Tindakan menggodam laman web Perdana Menteri Lee Hsien Loong itu berlaku sehari sebelum laman web Istana, kediaman rasmi Presiden Tony Tan, berhadapan dengan kejadian yang hampir sama.

Dua rakyat Singapura didakwa di mahkamah pada minggu lepas berhubung insiden Istana itu.

Seorang lagi rakyat tempatan, James Raj yang berusia 35 tahun didakwa kerana menggodam laman web kawasan parlimen Perdana Menteri Lee.

Pada Jumaat, polis berkata, mereka telah mengesan satu pangkalan data para pelanggan elit bagi Standard Chartered Bank dalam komputer riba Raj.

Polis bagaimanapun berkata, kesemua insiden tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. - AFP

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan