Empat Terbunuh Dalam Kemalangan Lombong Arang Batu - Berita Dunia | mStar

Empat Terbunuh Dalam Kemalangan Lombong Arang Batu

Diterbitkan: Jumaat, 6 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Seramai empat pelombong terbunuh dalam kemalangan yang berlaku di lombong arang batu bawah tanah di Turki pada Isnin, kata pegawai industri.

Dalam insiden itu, tiga lelaki terbunuh dalam kejadian letupan gas metana di lombong persendirian di Laut Hitam di wilayah Zonguldak, kata seorang pegawai dari Turkish Hard Coal Enterprises (TTK) kepada AFP.

Siasatan awal polis mendapati bahawa lombong itu beroperasi secara harap, lapor akhbar Hurriyet di laman webnya.

Seorang lagi pekerja lombong terbunuh di wilayah yang saya ketika dia dan rakan sekerjanya terjatuh dari kenderaan lombong sewaktu beroperasi pada kedalaman 260 meter. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan