Tunisia Perlu Segerakan Reformasi Kewangan - IMF

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) berkata Tunisia memerlukan tindakan segera memulihkan bajet defisit dan meningkatkan pertumbuhan selepas pinjaman yang disalurkan ke negara itu terus tertangguh.

IMF berkata, kadar keyakinan terhadap ekonomi Tunisia terus mengalami masalah ekoran tidak banyak kemajuan dalam reformasi politik serta masalah keselamatan dalam negara yang masih berlarutan.

IMF mengurangkan kadar unjuran pertumbuhan ekonomi Tunisia kepada 2.7 peratus tahun ini berbanding 3.0 peratus sebelum ini dan memberi amaran bajet defisit bakal mencecah 8.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kadar (KDNK).

Ketua IMF bagi Tunisia, Amine Mati dalam satu kenyataan kepada pelabur berkata, pelabur kini masih mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' terhadap negara berkenaan.

“Untuk menjelaskan cabaran utama yang dihadapi Tunisia ialah perlunya tindakan yang segera untuk mengawal bajet dan defisit dalaman, meningkatkan keupayaan sektor perbankan, menjana sektor yang membawa pertumbuhan lebih rancak dan menangani masalah pengangguran," katanya. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan