Sejuta Rakyat Syria Kekurangan Makanan - Palang Merah

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GENEVA: Sekurang-kurangnya sejuta rakyat Syria mengalami kekurangan makanan dengan konflik dalam negara dan masalah di pintu masuk menghalang kemasukan bahan bantuan luar, kata agensi Palang Merah pada Selasa.

"Satu anggaran yang konservatif menunjukkan sejuta rakyat tanpa makanan," kata Ketua Pengurusan Krisis di Palang Merah Antarabangsa (IFRC), Simon Eccleshall.

Anggota tempatan IFRC, Palang Merah Arab Syia (SARC) adalah badan utama yang memainkan peranan dalam operasi bantuan ke Syria dengan dua pertiga daripada 21 juta penduduk yang terbabit dalam peperang di Syria memerlukan makanan.

Namun anggota bantuan terpaksa bertarung nyawa dengan 32 daripada 3,000 sukarelawan SARC terbunuh.

"SARC hanya boleh memasuki kira-kira 85 peratus wilayah Syria," katanya.

Katanya, pihaknya hanya mampu menyalurkan bantuan makanan kepada separuh daripada enam juta rakyat Syria yang meninggalkan rumah kerana perang yang menjadi pelarian dalam negara. - AFP

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan