Polis Jepun Temui 80 Reptilia Disumbat Di Apartment Satu Bilik

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Cicak dan ular berbisa dengan ukuran sepanjang sehingga tiga meter (sembilan kaki) adalah antara 80 reptilia yang ditemui oleh polis disumbat dalam sebuah pangsapuri satu bilik di Jepun, kata seorang pegawai, Selasa.

Pegawai berkenaan telah menerima panggilan terburu-buru daripada jiran yang melihat ular besar menyusur di sepanjang dinding di luar apartmen yang terletak di bandar barat Osaka.

Apabila polis menyerbu apartmen berkenaan, mereka menemui puluhan ekor ular, termasuk ular Boa sepanjang tiga meter dan juga beberapa ekor cicak.

Semuanya disimpan di dalam bekas dalam sebuah bilik berukuran 10 meter persegi (108 kaki persegi).

Pegawai merampas 25 daripada haiwan yang disimpan tanpa permit, kata pegawai itu.

Pemilik, yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an, tidak ditangkap tetapi kes itu telah dihantar ke pejabat pendakwa raya 'kerana dia disyaki telah melanggar undang-undang mengenai kebajikan dan pengurusan haiwan', kata polis.

"Lelaki itu memberitahu kami dia menyimpan haiwan-haiwan itu sebagai haiwan kesayangan dan memberi tikus beku sebagai makanan.

Kami sedang menyiasat di mana dia memperolehi reptilia ini," kata pegawai polis.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan