KSN Beri Penjelasan Mengenai Perkhidmatan Awam Malaysia Di New York

Diterbitkan: Selasa, 3 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa yang menghadiri perjumpaan dengan para pemaju di sini, mengambil kesempatan memberikan penjelasan mengenai beberapa isu kepada anggota perkhidmatan awam Malaysia yang berkhidmat di Amerika Syarikat pada Ahad.

Ketibaan di pejabat perwakilan tetap Malaysia, disambut oleh Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Hannif yang menyifatkan kunjungan Ali sebagai 'peristiwa bersejarah' kerana ia pertama kali KSN membuat kunjungan ke New York.

Ali menjawab soalan hadirin yang terdiri daripada anggota diplomat Malaysia, Konsul Jeneral Malaysia di New York, Syed Bakri Syed Abdul Rahman dan para pegawai agensi lain.

Beliau memberi penjelasan kepada mereka antara lain mengenai elaun seberang laut, pengambilan kakitangan dan penyediaan kuartes perumahan sekembali mereka ke tanah air selepas berkhidmat di seberang laut.

KSN memberitahu mereka jumlah penjawat awam Malaysia adalah sebanyak 1.4 juta orang.

"Ia mungkin angka yang besar, tetapi ia adalah angka yang sesuai," kata Ali.

"Kita juga mendapat manfaat dari itu. Kita mengharapkan yang terbaik daripada penjawat awam kita.

"Memanusiakan perkhidmatan awam merupakan konsep utama dasar perkhidmatan awam kita. Kita mengharapkan yang terbaik daripada penjawat awam kita tetapi kita juga perlu menjaga mereka," katanya.

Beliau mengakui perwakilan tetap Malaysia memerlukan kakitangan tambahan berikutan Malaysia sedang giat melobi untuk menjadi anggota bukan tetap Majlis Keselamatan PBB.

Menurut Ali, keanggotaan pada majlis itu akan menambah tanggungjawab Malaysia yang sekali gus memerlukan tambahan kakitangan.

"Kami sedang melihat perkara ini (menambah kakitangan di pejabat wakil tetap) dan akan membantu ia memenuhi tanggungjawabnya," kata Ali kemudian kepada Bernama.

Tenaga kerja perkhidmatan awam turut perlu diperkuat berikutan peranan Malaysia selaku pengerusi Komuniti Ekonomi Asean juga pada 2015.

Mesej kesederhanaan yang ditonjolkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta idea mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global diterima baik di sini, demikian menurut para diplomat Malaysia.

Malaysia turut menghantar anggota tentera di bawah misi pengaman PBB di beberapa wilayah kritikal dan ketika ini Malaysia menempatkan anggota tentera di tujuh daripada keseluruhan 15 misi pengaman PBB.

Ali turut bercakap mengenai sasaran belanjawan yang ditetapkan kerajaan.

"Kita cuba mencapai bajet defisit tiga peratus menjelang 2015 dan bajet berimbang menjelang 2020," kata beliau.

Beliau menyedari kesukaran yang dihadapi pasangan yang bekerja di sektor swasta dan berkahwin dengan anggota kakitangan Wisma Putra.

"Kami sedar dan menghargai hakikat bahawa pasangan yang bekerja di sektor swasta perlu berhenti kerja sekiranya mereka mengikut pasangan diplomat mereka yang ditempatkan di seberang laut.

"Kami sedang melihat aspek ini bagaimana kita boleh menangani persoalan pasangan terpaksa berhenti kerja di sektor swasta sekiranya si isteri mengikut suami diplomat mereka berkhidmat di luar negara," katanya.

Bagaimanapun masalah besar yang dihadapi kakitangan yang kembali ke dalam negara ialah peruntukan perumahan mampu milik.

Ali berkata kakitangan perkhidmatan luar negara yang pulang akan diberi keutamaan.

Soalan yang turut diutarakan hadirin ialah tentang prospek pekerjaan di Malaysia untuk pelajar Malaysia yang pulang setelah tamat belajar.

"Saya tidak melihat sebarang masalah kepada pelajar kerana bakat dan pengkhususan mereka adalah diperlukan. Terdapat banyak peluang pekerjaan (di Malaysia)," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan