10 Maut Bas Jatuh Gaung di Kashmir - Berita Dunia | mStar

10 Maut Bas Jatuh Gaung di Kashmir

Diterbitkan: Isnin, 2 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUZAFFARABAD: Sekurang-kurangnya 10 orang maut apabila sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di wilayah Kashmir, Pakistan berdekatan sempadan India, pada Isnin.

Bas yang dalam perjalanan dari bandar Rawalpindi menuju pekan Forward Kahuta terjatuh kira-kira 150 meter ke dalam gaung dalam nahas awal pagi itu.

Pegawai polis kanan tempatan, Riaz Abbasi berkata, kira-kira 20 orang menaiki bas berkenaan manakala 10 mati dan empat lagi mengalami kecederaan. - AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan