Rakyat Islam Thai Mahu Sengketa Di Bangkok Selesai Dengan Aman

Diterbitkan: Ahad, 1 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Penyokong dan penentang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra di luar ibu kota Bangkok semakin lantang menunjukkan sokongan mereka.

Di lima wilayah selatan, walaupun menghadapi keganasan, penduduknya yang beragama Islam mahukan masalah tersebut diselesai secara aman.

Pada Sabtu, lebih 300 orang penduduk mewakili pelbagai lapisan masyarakat berkumpul di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Pattani untuk mengisytihar pendirian menyokong masalah diselesaikan secara aman dan menghargai sistem demokrasi negara itu.

Mereka yang mewakili Majlis Agama Islam di lima wilayah selatan (Pattani, Yala, Narathiwat , Songkhla dan Satun), pemimpin tempatan, wakil Sekolah Agama Islam, pemimpin agama tempatan, pelajar dan kumpulan sivik menyatakan pendirian teguh mereka supaya masalah politik yang sedang melanda negara diselesaikan dengan cara aman dan menghargai sistem demokrasi negara.

Mereka juga menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Yingluck.

Waederamae Matmangchik, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani, meminta pihak penentang kerajaan supaya berunding agar tidak merosakkan negara.

Ditemubual di majlis tersebut, beliau berkata yang bersengkata semuanya rakyat Thai dan penyelesaian melalui rundingan membantu negara terus maju.

Dalam pada itu, sebuah bas musnah hari ini selepas diserang oleh sekumpulan pemuda yang mendakwa diri mereka sebagai pelajar Universiti Ramkhaeng, penentang kumpulan Thaksin.

Insiden berlaku kira-kira 6.30 petang waktu tempatan.

Saksi berkata, pemandu bas itu cedera selepas terkena lontaran sebutir bata.

Kumpulan itu menyerang bas dan teksi dengan batu bata, kayu dan botol kaca.

Ketika itu tiada pihak yang cuba menghalang mereka.

Kumpulan itu melaungkan ingatan kepada satu sama lain agar waspada terhadap puak Baju Merah pro-kerajaan, yang menuju ke Stadium Nasional Ratchmangala yang terletak di kawasan sama dengan Universiti Ramkhaeng.

Stadium itu adalah satu-satunya kawasan di mana penyokong pro-kerajaan sering berhimpun. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan