Dua Lelaki Ditangkap Kes Godam Laman Web Istana

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Polis menahan dua lelaki Singapura berusia 17 dan 42 tahun susulan kepada laporan polis yang dibuat pengendali laman web Istana pada 8 November 2013.

Dalam kenyataannya, Pasukan Polis Singapura berkata dua suspek itu ditangkap awal hari Khamis.

Mereka akan dihadapkan ke mahkamah Jumaat ini atas tuduhan mengubah suai secara tidak sah bahan berkomputer mengikut Seksyen 5(1) Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber, Perkara 50A, yang memperuntuk hukuman denda tidak lebih S$10,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Beberapa halaman dalam laman web Istana digodam pada 7 November. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan