Bekas Pemimpin PULO Terima Pengampunan Raja Thailand

Diterbitkan: Sabtu, 30 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YALA: Bekas pemimpin kanan Pattani United Liberation Organisation (PULO) Abdul Rahman Abdulkadir atau Haji Bedo Betong adalah antara 12 banduan yang dibebaskan selepas menerima pengampunan Raja Thailand Raja Bhumipol Adulyadej.

Pengampunan itu adalah bersempena hari keputeraan baginda yang akan disambut pada 5 Dis ini dan hari ulang tahun kelahiran Permaisuri Sirikit pada 12 Ogos lepas.

Faktor usia Abdul Rahman yang melebihi 70 tahun menyumbang kepada pembebasannya. Beliau berusia 74 tahun. Sebelas lagi menerima pengampunan kerana berkelakuan dan berakhlak baik ketika menjalani hukuman.

Mereka dibebaskan semalam di Penjara Wilayah Yala dan antara yang hadir ialah Kol. Polis Tawee Sodsong iaitu Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) yang juga Pengerusi Majlis Pembebasan Banduan.

Turut hadir Penasihat Perdana Menteri Thailand, Somkiat Bunchoo dan Pengarah Penjara Wilayah Yala Monton Srikracid.

Abdul Rahman dipenjarakan sejak 22 Januari 1999 selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup setelah disabitkan dengan kesalahan pemberontakan.

Beliau dipenjarakan di Penjara Bankuang, Bangkok dan di Songkhla sebelum dipindahkan ke Penjara Yala pada Ramadan lepas. Sementara itu, Muhammad Asri Baso, 43, ketika ditemui Bernama, bersyukur atas pembebasan ayahnya.

"Kami bernasib baik kerana ayah dibebas dan ini adalah satu kebebasan yang besar dan mendapat keadilan daripada pihak kerajaan," katanya menambah keluarganya hidup dalam keadaan susah selepas bapanya dipenjarakan.

Dalam pada itu Tawee Sodsong berharap semua banduan yang dibebaskan menggunakan peluang yang diberi oleh kerajan untuk memulakan hidup baharu dan menyumbang kepada negara.

SBPAC sedia membantu mereka memanfaatkan pengetahuan yang diraih sepanjang dalam tahanan untuk membina hidup baharu, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan