Pasangan Jadikan Tiga Termasuk Rakyat M'sia Sebagai Hamba Di London Adalah Pengikut Maoisme - Berita Dunia | mStar

Pasangan Jadikan Tiga Termasuk Rakyat M'sia Sebagai Hamba Di London Adalah Pengikut Maoisme

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Satu pasangan yang didakwa menjadikan tiga wanita termasuk seorang rakyat Malaysia sebagai "hamba" selama 30 tahun di London merupakan aktivis fahaman Maoisme yang terkenal pada tahun 1970-an, menurut laporan media pada Isnin.

Pasangan itu, yang dinamakan oleh akhbar-akhbar Britain sebagai kelahiran India, Aravindan Balakrishnan dan isterinya warga Tanzania iaitu Chanda, ditahan pada Khamis lalu selepas tiga wanita yang didakwa dijadikan tahanan itu dibebaskan dalam satu operasi polis.

Salah seorang mangsa, berusia 30, dipercayai telah menghabiskan seumur hidupnya dalam perhambaan.

Turut dilaporkan dalam akhbar Britain pada Selasa bahawa wanita yang merupakan anggota haluan tersebut meninggal dunia selepas jatuh dari tingkap bilik mandi di rumah pada 1996.

Polis sedang menyiasat mengenai kematian Sian Davies, 44, yang jatuh dari bangunan dua tingkat pada malam Krismas. Dia kemudiannya lumpuh dan meninggal dunia pada Ogos 1997.

Sebuah laman web Sejarah Marxsis berkata, Balakrishnan, 73, merupakan seorang ahli berpangkat tinggi Parti Komunis England (Marxis -Lenin) tetapi telah digantung pada 1974 kerana "aktiviti konspirasi dan fahaman pemisahan" daripada "kelompok" beliau.

Laman web itu juga berkata, Balakrishnan, yang digelar "Komrad Bala", telah ditangkap pada 1978 bersama dengan isterinya semasa satu usaha pihak polis untuk menutup pusat Mao di kawasan Brixton di selatan London.

Polis telah mengesahkan pasangan ini telah ditangkap pada 1970-an, tetapi tidak berkata sebabnya.

Para detektif enggan mengesahkan identiti pasangan itu, yang telah diikat jamin sehingga Januari sementara menunggu siasatan lanjut.

Ketiga-tiga "hamba" - seorang wanita warga Ireland, 57 tahun, rakyat Malaysia, 69 tahun dan warga Britain, 30 tahun - telah dibebaskan pada 25 Oktober selepas salah seorang daripada mereka menghubungi sebuah persatuan kebajikan secara rahsia.

Polis berkata, wanita itu, yang dipercayai tinggal di sebuah flat di Brixton, telah diseksa secara emosi dan dilaporkan telah dipukul, tetapi tidak mempunyai kesan deraan secara seksual.

Mereka kadang-kadang dibenarkan keluar dari rumah dan detektif sedang berusaha untuk memahami "gari tidak kelihatan" yang digunakan untuk mengawal mereka.

Polis mendedahkan pada Sabtu bahawa kedua-dua mangsa yang lebih tua telah bertemu orang yg menahan lelaki mereka melalui "perkongsian ideologi politik" dan pada mulanya tinggal bersamanya sebagai sebahagian daripada kolektif itu.

Sementara itu, media melaporkan mangsa yang paling muda, yang dinamakan oleh akhbar The Sun sebagai "Rosie", diminati oleh seorang jiran dengan surat cinta tetapi memberi amaran kepadanya untuk tidak berhadapan dengan lelaki yang menawannya sebagai hamba, yang disifatkan sebagai "gila dan jahat".

"Saya seperti lalat yang terperangkap dalam sarang labah-labah," dia dilaporkan memberitahu Marius Feneck berusia 26 tahun dalam salah satu daripada kira-kira 500 surat yang dihantar kepadanya selama lebih lapan tahun.

"Raksasa di sini adalah gila, jahat dan bersifat perkauman - mereka telah mengunci semua pintu dan tingkap dan menyimpan kunci pada diri mereka sendiri pada setiap masa," katanya dalam tulisan itu.

Polis pada Isnin berkata, mereka sedang menyiasat 13 alamat yang dikaitkan dengan pasangan itu, yang datang ke Britain pada 1960-an dan disyaki melakukan kesalahan imigresen dan juga terlibat dengan buruh paksa.

Alamat yang tepat di mana wanita itu telah ditawan masih belum dikenal pasti, tetapi operasi polis tertumpu kepada blok rendah bertingkat moden rumah pangsa di Peckford Palace di Peckford. - AFP

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan