Kerusi Goyang, Bendera JFK Kutip Bidaan AS$500,000

Diterbitkan: Isnin, 25 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Sebuah kerusi goyang milik presiden mendiang John F. Kennedy di White House dan dua bendera dari pejabat beliau mengutip lebih AS$500,000 dalam satu bidaan, kata Heritage Auctions pada Ahad.

Ia merupakan sebahagian daripada kira-kira 228 barangan yang mempunyai kaitan dengan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) dalam satu acara di Dallas, Texas sempena memperingati pemergian JFK selama 50 tahun, di bandar itu.

Dua bendera itu, yang merupakan bendera Amerika Syarikat dengan cap mohor presiden telah dijual pada harga AS$425,000, empat kali ganda daripada jangkaan bidaan, kata Heritage Auctions dalam satu kenyataan.

Kerusi goyang itu pula dijual pada AS87,500, turut melebihi daripada jangkaan asal AS$50,000.

Barangan itu adalah milik Dean William Rudoy, seorang sukarelawan pada kempen presiden Kennedy pada 1960 yang mengumpul memorabilia bekas presiden itu sejak 50 tahun lalu.

Kedua-dua bendera dan kerusi goyang itu dibeli oleh seorang pengumpul dari barat daya AS. - AFP

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan