Pembangkang Kumpul Penyokong Kenakan Tekanan Terhadap Yingluck

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Dalam apa yang disifatkan sebagai langkah untuk mempamerkan kekuatan dan sokongan yang diterima, puak pembangkang dan penyokong kerajaan Thailand pada Ahad mengerah penyokong masing-masing mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di sini.

Puak pembangkang, yang begitu bersemangat berikutan kejayaan mereka memaksa penarikan balik rang undang-undang pengampunan baru-baru ini, sedang meningkatkan tekanan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Ramai penunjuk perasaan berkumpul di sekitar Tugu Demokrasi hingga menyebabkan jalan ke kawasan itu terpaksa ditutup dan mengkibatkan kesesakan teruk.

Satit Wongnongtoey, bekas anggota Parti Demokrat dan pemimpin utama Perhimpunan Demokrat, berkata esok, mereka akan mengadakan perhimpunan bagi menunjukkan kekuatan terhadap kerajaan, tetapi tidak menyatakan tempat ia akan diadakan.

Sementara itu, anggota Barisan Demokrasi Menentang Pemerintahan Diktator (UDD) yang prokerajaan, lebih dikenali sebagai Baju Merah, dijadual mengadakan perhimpunan petang ini di Stadium Kebangsaan Rajamangala.

Perhimpunan ini bertujuan menggesa agar perlindungan diberi terhadap sistem demokrasi dan Mahkamah Perlembagaan.

Menurut laporan, bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, yang kini hidup dalam buangan di luar negara, akan berucap kepada penyokongnya melalui video pada perhimpinan malam ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan