China Tetapkan Zon Pertahanan Udara Baru

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Kementerian Pertahanan China pada Ahad mengeluarkan peta bagi Zon Pengenalan Sistem Pertahanan Udara Timur China yang termasuk di dalamnnya rangkaian pulau yang turut dituntut jirannya, Jepun.

Pengumuman terbaru itu mendapat tentangan daripada Tokyo dengan Amerika Syarikat turut memberikan reaksi terhadap tindakan unilateral China itu.

Beijing juga mengeluarkan satu set peraturan baru untuk zon pertahanan berkenaan yang antara lain menyebut semua pesawat mesti mendapat kebenaran terbang daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Mereka yang gagal berbuat demikian boleh terdedah kepada operasi mengejut tentera kerana melanggar perintah kerajaan.

Ia turut menyatakan, pihak keselamatan akan mengenal pasti, pemantau, mengawal dan bertindak terhadap sebarang ancaman yang datang dari lautan di zon berkenaan.

Semua peratuan berkenaan berkuat kuasa hari ini.

Di Tokyo, Ketua Bahagian Hal Ehawal Asia dan Ocenia Kementerian Luar Jepun, Junichi Ihara, berkata Tokyo sudah mengantar vbantahan menerusi telefon ke Pemangku Duta China di Jepun, Han Zhiqiang mengenai perkara itu. Tokyo berkata, zon berkenaan adalah tidak boleh diterima langsung.

Ihara juga mengkritik China kerana penubuhan zon berkenaan bersifat 'satu pihak' saja dan tidak mengambil kira tekanan dalam hubungan dua hala dua negara berkenaan terhadap isu tuntutan bertindih pulau bersempadan.

Beijing dan Tokyo selama ini menuntut Pulau Diaoyu di China dan Senkaku di Jepun.

Tunjuk perasaan meletus di seluruh China tahun lalu apabila kerajaan Jepun dilaporkan sudah membeli pulau berkenaan daripada pemilik perseorangan. - AFP

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan