Peluncur Air Maut Diserang Jerung

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Seorang peluncur, pada Sabtu menjadi korban jerung di Australia Barat apabila haiwan itu menyerangnya selepas melompat dari papan luncur seorang peluncur lain, kata polis.

Polis menerima panggilan awal pagi Sabtu dan bergegas ke Pantai Lefthanders berhampiran Gracetown, kira-kira 270 kilometer di selatan Perth, selepas penggera dibunyikan di kawasan luncur popular itu.

Polis berkata, haiwan itu muncul dan berdepan dengan peluncur lain sebelum membidas dan menyebabkan kecederaan yang membawa maut kepada seorang lelaki berusia 35 tahun.

"Daripada apa yang kita faham, jerung itu muncul dan mendekati seorang peluncur lain sebelum menyerang peluncur yang menjadi mangsa," kata polis.

Menurut laporan, mangsa telah diseret ke pantai oleh rakan-rakan peluncur sementara saksi berkata lelaki tersebut mengalami kecederaan mengerikan.

"Saya berlari ke pantai dan menghubungi polis," kata peluncur, Ryan Scanlon , yang baru hendak memulakan luncuran apabila tragedi itu berlaku.

"Saya melihat dia dibaham. Dia hilang lengan kiri dan daging di kaki kanan."

Jabatan Perikanan dan Shire Augusta - Margaret River telah menutup beberapa pantai tempatan akibat daripada kematian itu, termasuk pantai utama, Gracetown.

Jabatan Perikanan dilaporkan mengeluarkan notis "mencari dan membunuh" jerung.

Jerung adalah biasa di perairan Australia tetapi serangan maut jarang berlaku, dengan hanya satu daripada purata 15 insiden membawa maut dalam setahun.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan