Doktor Bantu CIA Jejak Osama Bin Laden Didakwa Membunuh - Berita Dunia | mStar

Doktor Bantu CIA Jejak Osama Bin Laden Didakwa Membunuh

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PESHAWAR (Pakistan): Pihak berkuasa di barat laut Pakistan telah mendakwa doktor yang membantu Agen Perisikan Pusat (CIA) mencari Osama bin Laden kerana pembunuhan dan penipuan, menurut pegawai dan peguam pertahanan, Sabtu.

"Kes pembunuhan dan penipuan telah didaftarkan terhadap Shakeel Afridi minggu ini selepas seorang wanita menuduhnya membunuh anaknya," kata seorang pegawai kanan kerajaan di Peshawar kepada AFP.

Peguam Shakeel, Samiullah Afridi mengesahkan pertuduhan.

Naseeb Gula, dari daerah puak barat laut Khyber, menuduh Shakeel membunuh anaknya, Sulaiman Afridi pada tahun 2007.

Beliau berkata doktor yang menjalankan pembedahan ke atas anaknya sebanya tiga kali kerana apendiks meninggal dunia selepas pembedahan.

Wanita itu juga menuduh Shakeel menipu dengan berkata dia tidak diberi kuasa untuk menjalankan pembedahan terhadap anaknya kerana dia bukan merupakan pakar bedah.

Pegawai kanan yang tidak mahu dikenali, mengesahkan kepada AFP bahawa Shakeel juga akan menghadapi tuduhan penipuan.

Shakeel ditahan selepas tentera AS membunuh ketua Al Qaeda Osama bin Laden di bandar Pakistan Abbottabad pada Mei 2011. - AFP

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan