Samsung Diarah Bayar Ganti Rugi AS$290 Juta Kepada Apple

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAN JOSE: Juri Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) memerintahkan Samsung membayar AS$290 juta ganti rugi kepada Apple dalam perbicaraan semula kes meniru paten membabitkan dua firma gergasi telefon pintar itu.

Sebelum ini jumlah sebenar tuntutan ganti rugi itu ialah AS$450 juta namun kes itu tidak diterima hakim mahkamah.

Ia adalah susulan tuntutan semula yang berjumlah hampir AS$600 juta yang difailkan Apple dalam perbicaraan yang berlangsung tahun lalu.

Apple menuduh pesainganya dari Korea Selatan itu meniru reka bentuk dan teknologi telefon pintar serta tablet yang menjadi hak milik dan ciptaannya.

Namun kes yang bermula pada Ogos 2012 itu kerap ditunda kerana ia membabitkan beberapa rayuan sepanjang perbicaraan.

Keputusan sebelum ini membabitkan penganugerahkan ganti rugi AS$1 bilion tetapi dikurangkan oleh Hakim Lucy Koh pada Mac lalu kepada AS$450 juta.

Pada perbicaraan itu, juri memberikan ganti rugi kepada Apple berjumlah AS$1.05 bilion selepas mendapati 26 produk Samsung telah melanggar enam hak cipta Apple.

Namun hakim mendapat tahu juri tersalah kira AS$400 juta dalam ganti rugi bagi 13 produk dan mengarahkan perbicaraan baru untuk menentukan jumlah yang sebenar.

Meskipun Apple memenangi kes yang menjadi perintis ini tahun lalu, namun ia dikatakan tidak membawa banyak kesan kepada penjualan telefon pintar baru di pasaran meskipun Apple yang berpangkalan di California itu memohon injuksi mahkamah agar beberapa produk Samsung dilarang dijual di Amerika Syarikat. - AFP

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan