Organisasi Selamatkan Hamba 30 Tahun Di London Dihujani Panggilan Telefon

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Freedom Charity, organisasi yang memainkan peranan penting dalam menyelamatkan wanita dari Malaysia berusia 69 dan dua yang lain yang menjadi hamba di Britain telah mendapat panggilan yang hampir sama sejak berita itu diumumkan, lapor The Guardian.

Dilaporkan sebelum ini bahawa pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem memanggil kes ini sebagai 'kisah sebuah harapan' dan berkata talian bantuan 24 jam organisasi telah mendapat panggilan daripada orang-orang yang telah melihat liputan media yang dibuat dan berada dalam situasi yang sama.

Freedom Charity adalah sebuah organisasi kecil yang sering pergi ke sekolah-sekolah untuk memberi ceramah mengenai bagaimana untuk mengenal pasti tanda-tanda perkahwinan paksa.

The Guardian melaporkan bahawa sukarelawan yang menerima panggilan pada hari itu benar-benar tahu bagaimana untuk bertindak, walaupun ini bukanlah jenis kes yang biasanya diuruskannya.

Dilaporkan bahawa salah seorang daripada tiga tawanan, iaitu seorang wanita Ireland berusia 57 tahun telah menelefon organisasi selepas menonton dokumentari di televisyen tentang perkahwinan paksa oleh Freedom Charity.

Menurut pengerusi badan amal itu, Harris Lord of Haringey, dokumentari ini memberikan keyakinan untuk hamba berkenaan mewujudkan hubungan awal dengan mereka.

"Salah seorang wanita itu menyaksikan program itu dan berfikir "mereka kelihatan seperti baik, menyelamatkan orang ramai dan membuat panggilan," kata beliau.

Terdapat panggilan berulang sejak beberapa selepas itu, sambil operator bantuan di talian membina hubungan baik dengan wanita berkenaan bagi mendapatkan keyakinan mereka.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan