Taufan Helen Bergerak ke India - Berita Dunia | mStar

Taufan Helen Bergerak ke India

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Taufan kuat kini sedang bergerak ke negeri tenggara India, Andhra Pradesh pada Khamis, selepas sebulan berlakunya ribut pemusnah yang telah mengakibatkan kira-kira satu juta penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) menasihati kerajaan negeri supaya memindahkan penduduk bagi mengelakkan mereka daripada dibadai angin puting beliung Helen, selepas ramalan menyatakan bahawa ia akan bergerak ke beberapa daerah di Andhra Pradesh esok.

"Angin puting beliung itu akan mengakibatkan berlakunya hujan lebat di selatan Andhra Pradesh pada 21 November,’’ kata agensi tersebut. - AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan