Bangunan Runtuh: Seorang Maut, 50 Lagi Dikhuatiri Terperangkap di Afrika Selatan

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN penyelamat berusaha mencari mangsa yang masih hidup di bangunan membeli-belah yang runtuh di Tongaat, selatan Durban, Afrika Selatan awal pagi Rabu. Jurucakap polis, Mandy Govender berkata, seorang disahkan terkorban manakala 26 lagi berjaya ditarik keluar dari runtuhan bumbung pusat membeli-belah itu. - Foto AFP

TONGAAT (Afrika Selatan): Sekurang-kurangnya seorang maut manakala berpuluh lagi dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan sebuah pusat membeli-belah yang dalam pembinaan di bandar Durban di sini, pada Rabu.

Jurucakap polis, Mandy Govender, berkata seorang disahkan terbunuh manakala 26 berjaya dikeluarkan dari runtuhan itu selepas bumbung pusat membeli-belah berkenaan runtuh.

“Ia adalah pusat membeli belah yang masih dalam pembinaan. Kebanyakan mereka yang masih terperangkap di dalam runtuhan adalah pekerja binaan,” kata Govender.

Sementara itu, bahagian kecemasan melaporkan, seorang dikejarkan ke hospital, dua lagi dalam keadaan kritikal manakala 18 yang lain mengalami kecederaan serius. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan