India Bergantung Kepada Bajet 2015 Untuk Biaya Subsidi Minyak

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: India terpaksa bergantung kepada bajet untuk tahun kewangan berakhir Mac 2015 bagi membiayai sebahagian daripada bayaran subsidi minyak bagi tahun kewangan semasanya, kata Fitch Ratings.

Kerajaan memperuntukkan 650 bilion Rupee (INR100=US$1.60) untuk subsidi petroleum pada tahun kewangan 2014, dengan INR450 bilion digunakan untuk membayar syarikat pemasaran minyak bagi jurang subsidi yang ditanggung pada tahun kewangan sebelumnya.

Ini meninggalkan kerajaan dengan INR200 bilion untuk memenuhi kekurangan antara harga subsidi dan harga pasaran.

"Ini mungkin tidak mencukupi, dan berkemungkinan kerajaan perlu mendapatkan kira-kira INR450 bilion daripada bajet tahun depan," kata Fitch dalam kenyataan.

Bagi separuh pertama tahun kewangan semasa, jumlah kekurangan daripada diesel, minyak tanah pengedaran umum dan gas petroleum (LPG) rumah sebanyak INR609 bilion, dengan diesel membabitkan INR283 bilion.

Dengan mengandaikan kekurangan dalam dua suku berikutnya sekitar INR400 bilion setiap tahun kewangan 2014, kekurangan adalah sebanyak INR1,400 bilion berbanding INR1,610 bilion pada tahun kewangan 2013.

Pada Januari, kerajaan mengambil langkah untuk melonggarkan lagi peraturan dalam sektor petroleum dengan membenarkan diesel untuk kegunaan industri yang akan dijual pada harga pasaran, dan membenarkan syarikat penapisan dan pemasaran meningkatkan harga runcit diesel sebanyak INR0.5 sebulan Ini membawa kepada penurunan stabil dalam diesel.

Kerajaan juga mengehadkan jumlah subsidi silinder gas petroleum cecair (LPG) (kerajaan menanggung subsidi purata INR408 setiap satu) kepada sembilan setiap keluarga setahun, yang mungkin akan mengurangkan subsidi bagi segmen LPG di kedua separuh daripada tahun kewangan 2014.

"Dengan pilihan raya umum pada awal 2014, keupayaan kerajaan untuk memindahkan kenaikan harga petroleum kepada pengguna selain peningkatan kecil bulanan terhad.

"Pada masa yang sama, walaupun kerajaan tertekan untuk mengurangkan defisit bajet, subsidi petroleum merupakan penyumbang besar," kata agensi penarafan itu.

Pada pandangan Fitch, peserta huluan mungkin diperlukan untuk mengambil bahagian yang lebih besar daripada kekurangan itu.

Pada separuh pertama 2014 tahun kewangan, ONGC dan OIL India diminta membayar 52.5 peratus daripada jumlah kekurangan sebanyak INR609 bilion, berbanding kurang daripada 40 peratus pada tahun-tahun sebelumnya.

Jika syarikat-syarikat huluan menanggung bahagian yang lebih besar bagi menampung kekurangan itu, kedudukan aliran tunai syarikat R&M dijangka meningkatkan memandangkan firma huluan ini mungkin untuk membuat pembayaran subsidi lebih cepat daripada kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan