Dua Gunung Berapi Meletus, Indonesia Siap Sedia Pindah Penduduk

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEDAN: Dua gunung berapi meletus di Indonesia, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran penerbangan dan persediaan penduduk.

Pakar Gunung Berapi Negeri, Surono berkata, Gunung Sinabung di wilayah Sumatera Utara melepaskan abu setinggi 8,000, iaitu letusan tertinggi sejak beberapa hari lalu.

Gunung 2,600 meter tinggi itu mula meletus sejak September lalu selepas tidak aktif selama tiga tahun.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis amaran kepada semua syarikat penerbangan pada Isnin bagi mengelakkan daripada melalui ruang udara sekitar gunung berkenaan.

Beberapa jam lalu, gunung berapi paling aktif di Jawa Tengah, Gunung Merapi memuntahkan abu kira-kira 2,000 meter sehingga menjejaskan beberapa bandar.

Pegawai Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho, berkata, kira-kira 600 keluarga akan dikumpulkan untuk dipindahkan ke tempat selamat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan