Bank Negara Buka Pejabat Perwakilan Di Beijing - Berita Dunia | mStar

Bank Negara Buka Pejabat Perwakilan Di Beijing

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Bank Negara Malaysia membuka pejabat perwakilan di sini untuk menggalakkan pelaburan dan perdagangan dua hala antara Malaysia dan China.

Pejabat itu akan berfungsi sebagai penghubung penting dengan pengawal selia dan peserta pasaran kewangan China bagi meningkatkan lagi pemahaman tentang pembangunan ekonomi dan kewangan kedua-dua negara.

Pembukaan pejabat itu di sini menandakan satu lagi peristiwa penting dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan China, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam ucapan pembukaan beliau.

"Ini juga mencerminkan hubungan erat kewangan dan ekonomi antara kedua-dua negara," katanya.

Pejabat di Beijing itu merupakan pejabat perwakilan luar negara ketiga yang dibuka Bank Negara Malaysia selain pejabatnya di London dan New York.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan