Tiada Tanda Wilayah Leyte Pulih Dalam Tempoh Terdekat

Diterbitkan: Ahad, 17 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TACLOBAN: Selepas sembilan hari taufan dahsyat Haiyan membadai hampir seluruh wilayah Leyte di sini, masih banyak mayat ditemukan setiap hari oleh tentera dan sukarelawan.

Tacloban City, antara kawasan paling teruk terjejas di wilayah ini, didapati musnah teruk dan tidak terdapat tanda akan pulih dalam tempoh terdekat.

Joemar Lagarto, 40, ketua pasukan sukarelawan majlis tempatan dikenali sebagai Barongay Holy Spirit of Quezon City, berkata pasukannya telah menjumpai kira-kira 200 mayat dan menjangka menemukan banyak lagi sejak memulakan misi mencari dan menyelamat Khamis lepas.

"Kami tiba di Tacloban Khamis lepas dengan 70 anggota, kami pecahkan pasukan kami kepada lima kumpulan untuk membantu tentera Filipina mencari mayat.

"Pada Jumaat, kami menjumpai 85 mayat dan hari ini (Sabtu), kami sudah menemukan 35 sejak pagi hingga tengah hari," katanya kepada Bernama di Barongay Village 88 di sini, tidak jauh dari Lapangan Terbang Tacloban City.

Ditanya apakah yang akan dilakukan terhadap mayat yang dijumpai itu, beliau berkata setiap mayat akan dimasukkan ke dalam beg dan diserah kepada Jabatan Kesihatan Filipina.

"Mereka akan membuat pengecaman sebelum menyerahkan mayat berkenaan kepada Tentera Filipina untuk dikebumikan secara beramai-ramai," katanya.

Barongay 88, sebuah kampung berhampiran lapangan terbang itu dan laut, dikatakan mempunyai kira-kira 600 rumah sebelum dilanda taufan Haiyan.

Penulis mendapati kampung ini musnah sepenuhnya, dengan mayat bergelempangan di sana-sini.

Mayat yang dikumpul kemudian diletakkan di tepi jalan raya dan di sebuah gereja di kampung itu.

Seorang penduduk Rufino B Ocampo, 52, memberitahu Bernama hanya 15 keluarga dari kampung berkenaan terselamat dalam kejadian itu.

Sambil menyuarakan kekecewaannya kerana kerja pembersihan dijalankan dengan agak perlahan, penduduk itu berkata dia bersama isteri dan tiga anaknya tidak akan meningalkan bandar ini.

"Saya akan baiki rumah ini dan akan terus tinggal di sini walaupun saya sendiri tidak pasti bilakah kerja itu akan selesai kerana ketiadaan bahan.

Seorang lagi penduduk Jenifer Tautuan, 18, berkata dia dan keluarganya terselamat dalam taufan itu kerana terlebih awal berpindah ke pusat pemindahan.

"Ada enam keluarga di pusat pemindahan...Saya selamat, tapi saya tidak pasti tentang kawan-kawan lain," katanya.

Terdahulu, sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia yang diketuai presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bersama petugas media Malaysia membuat tinjauan ke kem pangkalan polis, tentera darat dan tentera laut Filipina yang terletak berhampiran kampung berkenaan.

Sebuah trak penuh berisi makanan yang dibekalkan sukarelawan Malaysia kelihatan mengagihkan bantuan kepada keluarga di kampung itu dan di kem pangkalan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan