Bekalan Tenaga Dan Air Pulih Di Wilayah Leyte - Naib Gabenor

Diterbitkan: Ahad, 17 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TACLOBAN: Bekalan tenaga dan air telah dipulihkan di kebanyakan tempat di wilayah Leyte sejak Sabtu, kata naib gabenornya Carlo P Loreto.

Beliau berkata wilayah itu kini bergerak di landasan yang betul ke arah pemulihan tanpa sebarang kerjasama oleh rakyatnya, dengan pemulihan sepenuhnya dijangka berlaku tidak lama lagi.

"Semuanya benar-benar bergantung kepada penduduk, secepat mana mereka boleh pulih dan mula (kerja-kerja) menanam dan bekerja.

"Kita sentiasa menggalakkan mereka untuk melakukannya, kita tidak boleh bergantung atas barangan bantuan sahaja, ia adalah baik sekarang kerana kita sedang dalam keadaan dukacita tetapi kita perlu meneruskan kehidupan," katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa melawat pusat operasi Kelab Putera 1Malaysia di kawasan lapangan terbang Daniel Z Romualdez Airport, di sini Ahad.

Sejumlah 10,000 orang dikhuatiri maut apabila wilayah itu dilanda taufan Haiyan pada 8 November.

Ketika ditanya sama ada misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang hilang akan diteruskan selepas masuk hari kesepuluh bencana itu, Loreto berkata mereka masih menjalankan usaha itu.

"Kami ada pasukan yang bertanggungjawab dengan usaha itu, kami panggil sebagai pasukan petugas kadaver, kerana ia membawa ancaman, mayat yang reput itu akan bertukar menjadi wabak (penyakit)," katanya.

Berdasarkan garis panduan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (Insarag), misi mencari dan menyelamat mereka yang hilang kebiasaaannya akan mengambil masa maksimum 10 hari sahaja.

Komander Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia(Pasukan SMART)Peter Johny, yang mengesahkan perkara ini berkata ia adalah satu kes yang jarang berlaku apabila mereka yang hilang ditemui masih hidup selepas 10 hari.

"72 jam itu kalau jumpa cantiklah, kalau lima hari itu jarang-jaranglah, kadang-kadang sahaja jumpa masih hidup selepas 10 hari.

"Biasanya selepas 10 hari itu kita dah masuk fasa kedua iaitu mengumpulkan mayat," katanya.

Empat belas anggota pasukan SMART tiba di sini semalam dan mereka masih belum mendapat arahan untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat mereka yang hilang.

Johny berkata anggota pasukan itu kini dalam keadaan siap siaga untuk fasa kedua dan sedang menunggu arahan.

"Selain itu kita sekarang bertugas sebagai pasukan sokongan untuk doktor dari Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, selain membantu mengedarkan bantuan kemanusiaan di sini," katanya kepada Bernama. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan