28 Maut, Sembilan Hilang Banjir Di Vietnam

Diterbitkan: Ahad, 17 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HANOI: Banjir di Vietnam telah membunuh sekurang-kurangnya 28 orang sejak Jumaat, dengan sembilan yang lain hilang dan hampir 80,000 hilang tempat tinggal, menurut laporan media negeri dan laporan kerajaan selepas hujan lebat melanda di seluruh kawasan tengah negara ini.

Di wilayah Quang Ngai, di mana sembilan terbunuh dan empat orang hilang, paras banjir yang diukur meningkat di atas puncak sebelumnya pada tahun 1999, menenggelamkan banyak kediaman, lapor akhbar rasmi Thanh Nien, pada Ahad.

Paras air meningkat dengan cepat selepas pintu 15 loji kuasa hidro di kawasan tengah dibuka untuk melepaskan air dalam takungan.

Sekitar 100,000 buah rumah telah tenggelam dan hampir 80,000 orang telah dipindahkan, jawatankuasa kerajaan yang mengendalikan banjir dan perlindungan ribut berkata dalam satu laporan.

Jalan telah ditutup kerana banjir dan beberapa perkhidmatan kereta api dibatalkan.

Kawasan tengah sering mengalami banjir dan ribut antara Julai dan Oktober.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan