Menteri ICT Asean Gesa Segerakan Pelan Induk ICT Pasca 2015

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Menteri Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT) Asean pada Jumaat sebulat suara menggesa pelaksanaan segera Pelan Induk ICT pasca 2015.

Ini bagi memastikan tidak berlaku jurang antara Pelan Induk ICT Asean 2015 dan pelan induk berikutnya yang disasarkan bagi tempoh 2016-2020.

"Kita perlu bertindak balas dengan cepat kepada gesaan pemimpin ke atas semua sektor supaya meningkatkan daya saing Asean dan meletakkan rantau ini pada kedudukan strategik berdasarkan kedudukan ekonomi global semasa," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan IT Asean (TELMIN) ke-13 dan mesyuarat bersama rakan dialog TELMIN - China, Jepun dan Korea Selatan - serta Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa dan rakan kongsi pembangunan TELMIN Asean, di sini.

Merujuk Sidang Kemuncak Asean ke-23 yang berlangsung bulan lepas di Bandar Seri Begawan, Ahmad Shabery berkata:

"Para pemimpin kita sudah bercakap menggesa semua menteri memulakan kerja untuk penyepaduan pasca 2015 serta membangunkan sasaran untuk tujuan itu."

"ICT merupakan pemacu utama ekonomi selain sebagai proses penyepaduan Asean yang bermakna kita boleh ketinggalan dalam memastikan dasar dan program kita berada pada kedudukan yang baik selain sentiasa ke hadapan. Pada akhir mesyuarat dua hari, TELMIN Asean menggesa semua pembuat dasar dan pengawal aturan ICT Asean supaya memulakan segera proses perancangan bagi memastikan wujud kesinambungan dalam rancangan pembangunan Asean dan dasar ICT, kedua-dua menghampiri 2015 dan melepasinya. Bercakap kepada pemberita selepas sidang media TELMIN, Ahmad Shabery berkata TELMIN Asean menyahut gesaan para pemimpin Asean dengan serius berhubung pewujudan dan penyediaan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang di rantau ini dan meningkatkan pembabitan swasta untuk menyokong usaha merealisasikan Komuniti Ekonomi Asean. "Para menteri mengetahui mengenai jurang yang masih wujud antara dan dalam kalangan negara anggota Asean dalam semangat, penggunaan dan pemakaian ICT. "Oleh itu, saya menjangkakan usaha untuk merapatkan jurang ini akan menjadi teras utama Pelan Induk ICT Asean (2016-2020) yang baharu," katanya.

Beliau berkata Malaysia akan memberi penekanan kepada kualiti jalur lebar, kelajuan dan kapasiti untuk memenuhi permintaan bagi penggunaan data yang lebih tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang.

Keputusan utama mesyuarat menteri-menteri itu ialah laporan awal Kajian Permintaan Data lima tahun untuk Asean, katanya. Ahmad Shabery berkata ia ada kaitan dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia ke-25 di Kuala Lumpur semalam bahawa kerajaan menjangkakan perkhidmatan ICT dan e-dagang menjadi penyumbang terbesar kepada Ekonomi Digital Malaysia.

"Ia bertujuan merealisasikan matlamat 17 peratus sumbangan sektor ini kepada keluaran dalam negara kasar negara," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa syarikat-syarikat komunikasi supaya meningkatkan tawaran produk perkhidmatan sebagai persediaan memenuhi keupayaan infrastruktur Internet gigabaitA lebih awal dari 2020.

"Kajian menunjukkan permintaan di seluruh Malaysia menjelang 2018 dianggarkan 41.5 juta Megabait sesaat, dengan kelajuan minimum yang diperlukan bagi setiap isi rumah dijangka kurang daripada 50 Megabait sesaat (Mbps).

"Ini bermakna rangkaian perlu dilengkapkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 1 Gbps pada 2018," katanya. TELMIN Asean ialah forum tahunan Asean bagi membincang dan meningkatkan kerjasama serantau dalam ICT.

TELMIN Asean ke-13 tahun ini dimulakan dengan mesyuarat para pegawai kanan Asean dan rakan mereka dari China, Jepun, Korea Selatan, Suruhanjaya Eropah dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa.

Mesyuarat itu dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm Singapura dan Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura.

TELMIN Asean yang berikut akan dihoskan oleh Thailand pada Disember tahun depan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan