Malaysia Negara Pertama Hantar Bantuan Ke Bandar Burauen

Diterbitkan: Sabtu, 16 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TACLOBAN: Hampir 98 peratus bandar Burauen rosak dan penduduknya sangat-sangat memerlukan bantuan.

Datuk Bandarnya Fe Sudario Renomeron ketika ditemui berkali-kali merayu kerajaan Malaysia memberi bantuan agar bandar pertanian ini bangkit semula.

"Kami merayu dan meminta pertolongan serta doa rakyat Malaysia yang baik hati. "Kami perlu memulakannya dari awal. Semunya musnah dan kami merayu kepada rakyat Malaysia terutama pemimpinnya (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak)... tolong bantu kami," katanya.

Beliau ditemui semasa Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menyampaikan bantuan makanan dan perubatan kepada mangsa Taufan Haiyan di Pusat Operasi Bencana di bandar Palo di sini, Khamis.

Pasukan sukarelawan KP1M menuju ke bandar Burauen yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari bandar raya Tacloban bersama dua trak tentera yang membawa makanan dan bahan ubat-ubatan.

Ribuan penduduk menyambut ketibaan pasukan sukarelawan Malaysia dan ada yang kelihatan sungguh terharu dengan kehadiran mereka.

Seorang penduduk Nadel Margello Sevillano, 41, berkata ia merupakan kali pertama bantuan luar datang ke tempat mereka sejak taufan melanda seminggu lepas.

"Ia juga pertama kali pihak wartawan luar datang. Kami sangat bersyukur dengan pertolongan ini," katanya.

Beliau datang ke Burauen untuk bekerja sebagai guru dengan meninggalkan ibu bapanya, dua anak lalaki serta anggota keluarga yang lain di bandar Palo, kira-kira setengah jam perjalanan dari Burauen.

"Saya sendirian di sini dan bimbang dengan keadaan keluarga saya. Saya tidak dapat berhubung dengan mereka kerana tiada kemudahan pengangkutan dan komunikasi. Saya berharap mereka selamat," katanya.

Seorang lagi penduduk Abby Portillo, 28, yang juga seorang guru tidak pasti tentang masa depannya, tetapi lega kerana mendapat bantuan makanan daripada pasukan Malaysia.

Sementara itu Renomeron berkata beliau merasa bersyukur dapat bertemu Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim semalam dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia.

"Selagi lagi saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia. Terima kasih Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya.

Abdul Azeez berkata KP1M akan mendirikan klinik lapangan di Burauen yang mampu menjalankan pembedahan kecil.

Burauen yang mempunyai 55,000 penduduk, 12,000 buah rumah dan 77 kampung merupakan bandar terbesar di wilayah Leyte. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan