Mesyuarat CHOGM Bermula di Sri Lanka

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

COLOMBO (Sri Lanka): Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013 bermula pada Jumaat dengan penuh gilang gemilang dalam upacara perasmian yang berlangsung di Teater Nelum Pokuna Mahinda Rajapaksa dengan dihadiri pemimpin negara Komanwel dan orang kenamaan.

Putera Charles dari Britain merasmikan sidang kemuncak itu, yang dihadiri pemimpin negara Komanwel termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Britain David Cameron dan Perdana Menteri Australia Tony Abbot. "Beta dengan rasa sukacita mengisytiharkan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel dirasmikan," titah Prince of Wales itu, yang mewakili Ratu Elizabeth, ketua Komanwel.

Ratu Elizabeth, 87, tidak dapat hadir pada sidang kemuncak CHOGM tahun ini berikutan Istana Buckingham sedang menyemak semula lawatan jarak jauh baginda. Baginda tidak pernah terlepas daripada menghadiri CHOGM sejak sidang kemuncak pada 1973.

Selepas upacara perasmian itu, Putera Charles dan ketua-ketua kerajaan bergambar sebelum beredar untuk menghadiri sesi eksekutif di Bandaranaike Memorial International Conference Hall (BMICH).

Putera Charles dan Duchess of Cornwall tiba di Colombo pada Khamis tatkala baginda menyambut ulang tahun ke-65. Pesuruhjaya Tinggi British di Colombo dilaporkan mengadakan majlis sambutan harijadi untuk baginda.

Upacara perasmian sidang kemuncak Komanwel berlangsung dengan kawalan keselamatan ketat dengan anggota keselamatan berada di merata-rata tempat di ibu negara Sri Lanka ini.

Kesesakan trafik yang teruk dilaporkan di bandar raya ini berikutan kebanyakan jalan menuju ke venue-venue persidangan ditutup kepada trafik.

Penganjuran CHOGM di Sri Lanka telah menjadi tumpuan berikutan rekod negara itu dalam soal hak asasi manusia, termasuk dakwaan mencabulinya semasa operasi ketenteraan di utara negara itu pada 2009.

Beberapa pemimpin Komanwel tidak menghadiri CHOGM di Sri Lanka termasuk Perdana Menteri Kanada Stephen Harper dan Perdana Menteri India Manmohan Singh.

Dalam ucapannya pada upacara perasmian itu, Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa berkata menjadi tuan rumah kepada mesyuarat itu merupakan upacara bersejarah bagi negaranya.

"Kami di Sri Lanka kini melangkah ke era baharu keamanan, kestabilan dan peluang-peluang ekonomi diperbaharui yang telah sekian lama dinafikan ke atas i rakyat kami, akibat keganasan yang berlaku hampir tiga dekad.

"Dalam menamatkan keganasan pada 2009, kami mendukung hak asasi manusia, hak untuk hidup," katanya dan menurutnya tidak berlaku satu pun kejadian berkaitan keganasan di mana-mana tempat di Sri Lanka dalam tempoh empat tahun lepas.

CHOGM ialah persidangan antarabangsa penting yang pertama diadakan di Sri Lanka sejak sidang kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada 1976.

Rajapaksa berkata sekiraya Komanwel kekal relevan kepada negara anggotanya, pertubuhan itu perlu respons secara sensitif terhadap keperluan penduduknya dan "tidak membiarkan ia bertukar menjadi badan bersifat punitif atau menghukum".

"Kekuatan pertubuhan ini bergantung kepada penyatuan negara anggota, saling membantu satu sama lain dalam semangat kerjasama dan menjadikan Komanwel benar-benar unik," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan