Gempa 5.0 Skala Richter Gegar Pulau W.Caroline, Micronesia

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter menggegarkan Pulau W.Caroline, Micronesia, pada 9.09 pagi Jumaat.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 1,400km timur laut Bandaraya Tagum di Filipina dan 2,576km timur laut Kinabatangan, Sabah.

Menurut kenyataan itu, jabatan akan mengeluarkan maklumat tambahan mengenai gempa itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan